Bertemu kita kembali di Terjemahan Hati.Waktu sekarang menunjukkan jam 2.13minit pagi.Nampaknya saya masih segar bugar dan belum rasa mengantuk .
Semalam adalah hari yang tidak memihak kepada saya kerana saya mengalami migrane yang sangat teruk sehinggakan tiada sebarang kerja yang dapat saya lakukan.Lewat malam tadi barulah keadaan kembali seperti sedia kala setelah saya mengambil ubat pada sebelah petang.
Baru sebentar tadi saya menonton televisyen drama bersiri kegemaran saya iaitu Sex And The City.Walaupun jalan ceritanya ada mengandungi unsur-unsur seks,tetapi pada pendapat saya drama komedi ini seringkali memberi pengajaran cerita yang berguna,malah hari saya yang muram tiba-tiba bertukar dengan gelak ketawa.
Ya,jika saya tidak menonton drama ini tadi,bermakna saya belum senyum dan ketawa selama satu hari. :-)
Wah,betapa hebatnya penangannya bukan?hehehehe..
Mungkin ada di antara anda yang tidak tahu mengenai drama bersiri Sex And The City.Saya terangkan sedikit bagaimana jalan cerita drama ini.
Ianya berkisar mengenai empat orang wanita bersahabat baik yang tinggal di Bandaraya New York bernama Carrie,Miranda,Samantha dan Charlotte.
Mereka banyak berkongsi cerita,pendapat dan berfikiran terbuka dalam membincangkan mengenai pelbagai topik termasuklah kehidupan peribadi,serta mempunyai citarasa yang sama dalam berfesyen.
Dari kiri Charlotte,Carrie,Miranda dan Samantha
Adakah anda mempunyai sahabat sejati/sahabat baik?Ataupun anda hanya mempunyai kawan dan kenalan?
Pada pendapat saya,kita sememangnya mempunyai ramai kawan dan kenalan,tetapi untuk mempunyai sahabat sejati/sahabat baik adalah amat sukar.
Adakalanya,persahabatan yang baik juga boleh bertukar menjadi sebaliknya apabila ada di antara salah satu pihak yang lain telah berubah sikap.
Setuju atau tidak dengan pendapat saya,terpulang kepada anda sendiri.Anda boleh fikirkan semula siapa yang selalu berada di samping anda ketika anda berada dalam kesusahan serta sudi menghulurkan bantuan ikhlas dan siapa pula yang berada di samping anda hanya ketika anda dalam kegembiraan.Adakah individu itu orang yang sama atau orang yang berlainan?Tepuk dada tanya selera.
Terlintas untuk saya persoalkan di sini,adakah lakonan itu sekadar lakonan?Atau lakonan boleh dan sememangnya terjadi di dunia realiti?
Masih atau wujudkah di luar sana mereka yang menyayangi dan menghargai sebuah persahabatan sama seperti Carrie,Miranda,Samantha dan Charlotte?
Salah satu babak di dalam filem Sex And The City 2
Walau apa pun yang terjadi,jika kita mahu mengekalkan persahabatan/perhubungan kita perlu sentiasa bersikap jujur,jangan ada sifat hasad dengki,berfikiran terbuka dan saling hormat menghormati.
Menonton filem Sex And The City 2 pada bulan lepas
cek setuju dgn acu.. tpi zaman skrg ramai yg mementingkan KAWAN dari SAHABAT..
ReplyDeleteSATC's a very good show :)
ReplyDeleteKawan happy ramai.. kawan yang nak duduk sama nangis susah nak cari
ya,setuju dengan pendapat kalian semua :)
ReplyDelete