Sunday, 5 December 2010

Kasut Baru

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Mesra

Ketika zaman persekolahan saya, jenama kasut ini amatlah terkenal dan menjadi pilihan terutamanya kaum remaja sehinggalah yang dewasa tidak kira perempuan atau lelaki. Tetapi di sepanjang kehidupan ini, saya langsung tidak berminat atau berniat untuk membelinya. Mungkin saya rasakan imej keperempuanan dan kewanitaan saya tidak sesuai untuk memakai kasut ini, tambahan pula harganya agak mahal. Beberapa hari yang lepas,apabila suami merindui dan mahu membeli kasut baru jenama berkenaan, maka saya pula tergerak hati untuk membeli sepasang untuk koleksi terbaru saya.
Adakah anda dapat meneka kasut apa yang saya maksudkan? Jawapannya ialah;
                                                        *
                                                        *
                                                        *
                                                        *
                                                        *
                                                        *
                                                        *
                                                        *
                                                        *
                                                        *
                                                        *
                                                        *

                               Converse All Star!

Ya,bagaikan tidak percaya akhirnya saya memiliki sepasang kasut jenama Converse All Star yang sebelum ini saya langsung tidak berminat dengannya.
Apa salahnya mencuba sesuatu yang baru seperti memakai kasut ini sementara umur masih muda. Jika kemudian hari apabila sudah berumur baru hendak memakainya, akan ada pula yang berkata 'buang tabiat'. :-)

Kasut berwarna biru adalah milik saya, manakala kelabu milik suami.
Mengimbas kenangan semasa saya bekerja sebagai pramugari, saya kerap berjumpa dengan penyanyi Camelia dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching atau sebaliknya (Kuching adalah kampung halaman Camelia). Imej beliau amat bersahaja tetapi nampak feminin, cantik, bergaya dan mewah dalam satu masa. Beliau kerap memakai baju T, jaket, rantai labuh, anting-anting besar, berseluar jeans koyak, bag tangan mewah dan memakai kasut Converse All Star.
Oleh itu saya merasakan tidak salah bergaya feminin atau keperempuanan dan digabungkan dengan kasut Converse All Star.

Baru ingin mencuba imej Camelia, tetapi saya lupa untuk memakai rantai labuh. :-)
Bergaya dengan kasut baru.
Apa yang dapat saya rumuskan di sini ialah, sesiapa sahaja boleh bergaya dengan kasut Converse All Star tidak kira usia dan yang penting kita perlu kreatif dalam berfesyen. Amy Search yang sudah berumur 52 tahun pun masih memakai kasut Converse All Star. :-)

Sekian sahaja untuk kali ini, berjumpa di lain waktu.

7 comments:

  1. weeee~ cek dlu pun ade satu.. tpi yg jenama bum equipment.. selesa sgt pakai.. kasut mcm nie ley "ragaih". xyah rsau ape je keadaan.. hehehehehe..

    ReplyDelete
  2. Pallas Jazz not bad la,murah skit.
    Bum Equipment pun dulu famous lah :)

    ReplyDelete
  3. HEHEHHEH SANTAIIIIIIIII......

    miss moooo

    ReplyDelete
  4. hehe kelakar.. tp aku pun x minat kasut ni..emm selipar nipon aku suka! haha

    ReplyDelete
  5. Nana : Memang tak bpe minat,tapi beli sepasang je cukuplah :)

    ReplyDelete