Berdekatan dengan kediaman saya baru-baru ini telah dijalankan kerja-kerja memperbaharui landasan trem.Pihak Yarra Tram mengambil langkah yang baik kerana memanfaatkan cuti panjang
Easter/Anzac Day untuk memulakan projek ini.
Antara jalan yang terbabit bagi memperbaharui landasan trem ini ialah di sepanjang Spencer Street, dan persimpang Spencer Street dengan Collins Street,Bourke Street, dan beberapa lagi persimpangan yang berdekatan dengannya.
Menurut maklumat yang diterima,kerja-kerja baik pulih landasan ini di jalankan setiap 30 tahun dan ada beberapa bahagian landasan langsung tidak pernah diperbaharui atau ditukar sejak tahun 1951!
Pihak Yarra Tram telah memberi kami(penduduk dan peniaga berdekatan)notis dan maklumat awal berhubung projek yang bakal dijalankan.
Notis |
Risalah mengenai lencongan dan laluan sementara juga diberikan kepada penduduk berdekatan serta pengguna trem sebagai rujukan.Trem yang biasa melalui landasan yang terlibat pula,digantikan dengan bas awam untuk sementara waktu.
Berikut saya kongsikan bersama beberapa gambar yang saya ambil di sepanjang proses ini dijalankan.
Landasan lama dan berkarat sudah dibuka dan bakal digantikan dengan yang baru |
Landasan keretapi juga sedang dibaik pulih |
Transfomasi sedang dijalankan |
Kesemua jalan yang terlibat ditutup dengan pagar demi keselamatan |
Bekerja 24jam tanpa henti selama enam hari |
Peringatan dan notis yang diterima ini bukanlah perkara baru bagi penduduk negara ini.
Tetapi bagi saya yang baru dua tahun menetap di Australia,buat pertama kalinya saya terkejut akan keadaan sebegini ialah semasa saya menetap di Perth pada tahun 2009.Mana tidaknya,kerja membaik pulih jalanraya yang bakal melewatkan jadual ketibaan bas awam pun diberi peringatan awal dengan menampal notis di setiap hentian dan diwar-warkan di dalam laman sesawang TransPerth.
Kerja menurap jalanraya yang pendek di depan rumah pun diberikan notis pemberitahuan awal.
Perkara-perkara sebegini,tidak pernah terjadi di kebanyakan negara lain.
Di Malaysia,jika ada gangguan bekalan air atau elektrik memang pihak berkuasa akan memberi notis, itu pun selalu juga gagal.
-Pernahkah anda menerima notis awal dan jadual waktu bahawa kerja menurap jalan bakal dijalankan di depan rumah anda?
-Semasa anda menuggu bas awam,pernahkah anda membaca notis pemberitahuan bahawa akan ada lencongan atau kelewatan ketibaan bas daripada jadual asal?Atau boleh merujuk di dalam laman sesawang syarikat pengangkutan awam tersebut?
-Semasa anda menunggu bas awam,jika tidak ada notis sekalipun,pernahkah anda melihat pekerja dari syarikat pengangkutan awam berdiri dan menjerit2 memberitahu bahawa akan ada sedikit kelewatan?(walaupun lewat hanya 5-15minit sahaja )
-Semasa anda menaiki bas awam atau keretapi,tiba-tiba anda mendengar jeritan penumpang yang terjatuh di sebelah anda.Pernahkan anda melihat pemandu memberhentikan kenderaan dan pergi ke belakang untuk melihat keadaan penumpang itu?
Di Australia,semuanya ada dan memang terjadi! Semuanya demi untuk rakyat,dan rakyat diutamakan :-)
Patut la pergi city masa Easter weekend aritu jalam jem kat CBD, ingat ada footy ke apa..hehe..
ReplyDeleteYup, kat sini apa2 dorang kasi surat, atau keep us updated. Takda la kita terfikir2, tertanya, what's happening. Atau main suka je nak tutup air, nak tutup karan..
Tadi ada orang datang pasang smart meter. Dia ketuk pintu bitau dia nak off the main switch in 10 mins time, so sempat le I save my work and switch off my computer dulu. Kalau dia tak kasi warning, terus off je, abis la..
~KC~
Duty of Care & insurance issues.
ReplyDeleteIn the event of emergencies, failure to update public or taxpayers will result in dorang ni semua kena sue.
Kita sebagai pengguna memang patut diutamakan.
Back home kita as pengguna dibelakangkan.
Takde forward thinking let alone any planning.
KC : Tu lah bagusnya tinggal kat sini kan?
ReplyDeleteTak silap masa u msg i pasal kedai satay,ptg tu ada footy kat etihad stadium.kalau takde footy,sunyi sepi jgak.dan takde la jam sgt dlm cbd :)
Pilotz : Yes...banyak perkara yg dipelajari dari negara Aus ni :)
ReplyDeleteok.. i will follow...
ReplyDeleteChinta Nisah Idham : menambah ilmu pengetahuan :)
ReplyDelete