Memulakan perjalanan seawal lebih kurang 3.00pagi dari Farmington, menuju ke Albuquerque, New Mexico (3jam masa pemanduan) seterusnya ke Moriarty (45 minit pemanduan).Kami berhenti di Moriarty untuk sarapan pagi dan kemudiannya menyambung perjalanan.
Gambar atas : Moriarty, New Mexico pekan kecil di mana kami berhenti rehat seketika untuk bersarapan Gambar bawah : Perjalanan di teruskan untuk menghala ke negeri Texas |
Gambar atas : Pintu gerbang tanda kami baru sahaja meninggalkan negeri New Mexico Gambar bawah : Sudah tiba dan memasuki negeri Texas |
Cadillac Ranch ialah tempat di mana orang awam boleh menconteng kereta dengan bebas dan tidak salah di sisi undang-undang.Dalam erti kata lain di sini tempat yang sesuai untuk mereka yang ingin menunjukkan bakat dalam seni grafiti.
Sepuluh buah kereta Cadillac dipacakkan sebegini rupa dan memberi peluang kepada mereka yang berminat melakarkan grafiti di sini |
Caddilac Ranch - Sebuah tempat kesenian yang unik |
Gambar atas : Dari arah dekat Gambar bawah : Seorang pemuda sedang menyembur pewarna di salah sebuah kereta yang terdapat di situ |
Gambar atas : Tanda selamat datang ke Amarillo Gambar tengah : Menghala ke pusat bandaraya Gambar bawah : Memasuki pusat bandaraya |
Pusat khidmat pelancongan di dalam bandaraya Amarillo |
Gambar atas : Wanita ini sedang memberi sedikit maklumat tentang Amarillo Gambar tengah dan bawah : Terdapat pelbagai cenderahati yang dijual di sini |
Negeri Texas begitu sinonim sekali dengan koboi begitu juga kasut but yang sudah menjadi lambang kebanggaan rakyat tempatan.Oleh kerana itulah, replika kasut but banyak di jual di Texas |
Gambar atas : Di hadapan dewan sivik Gambar bawah : Bendera negara, negeri dan daerah |
Akan bersambung....
Cadillac Ranch, a chance to spray paint kereta Cadillac but takde spray can plak hehehe.
ReplyDeleteOwww Moriarty, persimpangan nak pergi Roswell. Banyakkkk "roadtrain" lepak overnight too.
Drive friendly - TX way? Hehehe you can recognise a TX driver mileeessss away hehehe
Arghhhh TX driver drive mcm tak pakai otak! :(
ReplyDelete