Tuesday, 18 February 2014

Kings Park & Botanic Garden Di Perth, Australia Barat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kings Park adalah taman yang terletak di bahagian barat pusat perniagaan/ pusat bandar Perth, Australia Barat di Australia. Taman ini merupakan gabungan daripada taman berumput, taman botani dan hutan belukar semulajadi di Gunung Eliza.
Kings Park menjanjikan pemandangan menarik untuk para pengunjung kerana ia menghadap ke pusat bandar dan juga Sungai Swan (Swan River). Ia juga merupakan 'rumah' kepada lebih daripada 300 jenis tumbuhan asli dan 80 spesis burung. 
Memorial Perang turut terletak di sini dan setiap kali tibanya ANZAC Day, Kings Park menjadi tumpuan ribuan orang kerana di sinilah tempat diadakan majlis memperingati untuk mereka yang mati di dalam peperangan.
Manakala pada bulan September setiap tahun, Kings Park menjadi tuan rumah bagi pameran dan pertunjukan bunga liar (wildflower show) terbesar di Australia.

 
Mungkin ramai di antara anda yang masih tidak tahu dan dengan bangganya ingin saya nyatakan di sini bahawa Kings Park merupakan taman dalam bandar yang terbesar di dunia dan mengalahkan Central Park di New York, Amerika Syarikat.

Setiap kali berkunjung ke Kings Park, saya pasti akan merakamkan gambar walaupun sudah berpuluh-puluh kali saya menjejakkan kaki di sini tidak kira pada waktu subuh, pagi, tengah hari, petang dan malam. Saya mempunyai banyak gambar-gambar Kings Park yang saya rakamkan dari tahun 2007 sehingga 2013. Yang saya kongsikan di bawah adalah lebih kurang 10% sahaja daripada jumlah keseluruhan koleksi gambar yang saya ada.

Gambar-gambar dibawah saya susunkan mengikut waktu iaitu subuh, pagi, tengah hari, petang dan malam yang dirakamkan antara tahun 2010 dan 2013.



Pagi

Dari tempat tinggal (salah satu apartment di dalam gambar ini), saya berjalan kaki dan melakukan senaman di Kings Park sambil melihat matahari yang mulai naik.


Awal pagi.


Lebih kurang jam 10.00 pagi.

Gambar atas : Bersama sahabat baik saya dari Malaysia.

Gambar bawah : Dua orang sahabat saya sedang berbual dalam jarak jauh. Setiap suara bisikan akan jelas didengari oleh si penerima yang duduk di hujung sana.

Tengah Hari Dan Petang











Malam


No comments:

Post a Comment