Jujur saya katakan di sini, Lapangan Terbang Antarabangsa Denver merupakan kegemaran saya selain Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas/ Fort Worth. Ia jauh lebih baik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles yang boleh dikatakan sudah agak 'tua' dan kecil sekaligus sukar menampung penumpang yang ramai.
Lapangan Terbang Denver terletak di negeri Colorado. Ia merupakan lapangan terbang paling besar (mengikut jumlah keluasan) di Amerika Syarikat dan mempunyai enam landasan kapal terbang
serta hab untuk Frontier Airlines, Great Lakes Airlines dan United Airlines.
Walaupun saya berada agak lama di dalam bangunan terminal, tetapi sayang sekali saya tidak dapat merakamkan banyak gambar kerana pada ketika saya kurang sihat.
Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, Colorado |
Di dalam bangunan terminal. |
Gambar atas : Kapal terbang Great Lakes Airlines begitu banyak di sini. Gambar bawah : Kapal terbang British Airways. |
Pemandangan Lapangan Terbang Denver pada lewat petang yang saya rakamkan ketika pesawat sedang membuat penerbangan naik. |
No comments:
Post a Comment