Sebaik sahaja melihat jadual bulan Julai dan saya perlu bertugas terbang ke Dubai, hati terus melonjak girang. Apa yang berada di dalam kepala saya ialah mahu melihat dengan lebih dekat lagi hotel tujuh bintang yang terkenal iaitu Burj Al Arab.
Trip ke Dubai biasanya mengambil masa yang panjang iaitu lebih kurang satu minggu sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur dan biasanya di pertengahan minggu kami perlu membuat penerbangan shuttle ke Bahrain, Kuwait (mengikut musim) atau Beirut.
Selepas berehat satu malam di Dubai, saya berkeinginan untuk mengikuti lawatan dalam bandar (City Tour). Tidak ada seorang pun rakan sekerja yang berminat (mungkin juga kerana harganya agak mahal). Saya mempunyai prinsip iaitu 'peluang tidak akan datang dua kali'. Jika saya tidak mengikuti lawatan ini, mungkin saya akan meyesal atau barangkali mungkin ini adalah lawatan saya yang pertama dan terakhir. Tambahan pula saya ialah seorang yang sukakan cabaran (adventurous person), maka saya bertekad untuk pergi seorang diri. Tidak ada istilah takut kerana lawatan ini bergabung beramai-ramai dengan pelancong lain. Saya lupa di mana saya menempah lawatan dan membuat bayaran tetapi yang pasti van pelancong datang menjemput dan menghantar saya pulang ke hotel. Semasa lawatan tersebut, saya berjumpa dengan dua orang pramugari dan pramugara MAS yang saya tidak kenal semestinya bukan dari set crew saya. Mungkin mereka sampai Dubai sebelum atau
selepas ketibaan saya. Mereka memilih untuk menyertai separuh sahaja lawatan pada hari tersebut.
Jika tidak silap, pemandu pelancong adalah berbangsa Arab berasal dari Iran. Saya masih ingat beliau pernah berkata bahawa penduduk tempatan (orang Arab UAE) tidak bekerja kerana terlalu kaya. Mereka mempunyai syarikat-syarikat besar tetapi pekerja bawahan ialah bangsa asing atau rakyat dari negara luar. Jika ada orang Arab yang bekerja sekalipun, mereka bukan berasal dari UAE. Pemandu pelancong merujuk kepada diri sendiri kerana beliau juga ialah seorang berbangsa Arab tetapi rakyat Iran.
Jumeirah Beach. |
Gambar-gambar ini dirakamkan dari dalam van. |
Gambar atas : Sebuah lagi masjid yang terdapat di Dubai. Gambar bawah : Di Muzium Dubai. |
Menyeberangi sungai (Dubai Creek) dengan menaiki teksi atas air (Dubai Water Taxi). Teksi yang saya naik sama seperti di dalam gambar di atas. |
Kami juga dibawa ke Dubai Spice Souk (menjual rempah ratus, herba dan kekacang) dan Dubai Gold Souk (menjual barang kemas) yang terletak di pusat bandar di daerah Deira. |
Bergambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada awal pagi sebaik sahaja tiba dari Bahrain. |
Saya berdiri di galley (dapur) bahagian Zon C pesawat A330. |
Gambar-gambar Dubai untuk tahun berikutnya akan saya kongsikan di sini tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment