Millbrae Pancake House telah memulakan perniagaan pada tahun 1959 dan sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan. Adalah menjadi kebiasaan bagi pelanggan beratur panjang di luar restoran sebelum mendapat tempat duduk di dalam restoran. Ia juga turut terjadi terhadap saya semasa kunjungan pada hari Ahad.
Jarak restoran ini dengan San Francisco ialah lebih kurang 24 km. Manakala jarak dengan Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pula ialah 7 km. Ada pula pelancong yang sempat singgah di restoran ini sebelum mereka mengakhiri percutian mereka dan sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco.
Gambar atas : Sebaik tiba di sini saya sudah dapat melihat ramai pelanggan yang menunggu sehingga ke luar pintu restoran. Gambar bawah : Saya, suami dan sahabat turut mengambil nombor giliran. |
Gambar atas : Sempat bergambar sebelum nombor giliran kami dipanggil. Gambar bawah : Pemandangan di dalam restoran. |
Gambar kiri : Saya memesan minuman coklat panas. Gambar kanan : Sarapan pagi saya ialah telur dadar berinti sayur-sayuran bersama kentang dan isi buah avokado. |
Bergambar bersama sahabat kami yang menetap di San Francisco. |
Bergambar bersama sahabat kami yang menetap di San Francisco. |
Bergambar bersama sahabat kami yang menetap di San Francisco. |
Terima kasih diucapkan kepada David, Kak Elly, Kak Nora, Ezra dan Suraya kerana sudi meluangkan masa bersarapan pagi bersama kami. |
MILLBRAE PANCAKE HOUSE
1301 El Camino Real, Millbrae CA 94030
http://www.millbraepancake.com/
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terbaharu saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.
No comments:
Post a Comment