Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Hari ini, bersamaan dengan 16 November genap 95 tahun kelahiran syarikat penerbangan QANTAS. Saya merupakan pelanggan dan penumpang kerap lagi setia QANTAS sejak dari tahun 2010 bagi penerbangan domestik dan antarabangsa yang menghubuungkan Australia dengan Amerika Syarikat. Bukan satu atau dua tahun tetapi setiap tahun QANTAS dinobatkan sebagai Penerbangan Paling Selamat Di Dunia berdasarkan rekod bersih kerana setakat ini (era penerbangan jet) tidak mempunyai sejarah kemalangan atau insiden yang menyebabkan kematian
(fatal crash). Saya tidak dapat mengelak dari rasa bangga dengan pencapaian terbaik ini apatah lagi suami saya pernah menjadi ahli keluarga Qantas.
Saya tidak pernah gagal mengambil gambar setiap kali menaiki penerbangan QANTAS tetapi adalah mustahil untuk saya kongsikan kesemuanya di sini. Antara beberapa yang saya sertakan di bawah sedikit istimewa berbanding yang lain.
|
Gambar dirakamkan pada bulan Februari 2010. Ini merupakan penerbangan pertama saya bersama QANTAS dengan menaiki pesawat B738 dari Adelaide ke Melbourne. |
|
Pada bulan Mac 2010 saya menaiki pesawat B767 buat pertama kali dari Perth ke Melbourne. Sepanjang kerjaya suami saya bersama QANTAS, beliau telah mengendalikan beberapa jenis pesawat yang berbeza. Pesawat atau model terakhir yang beliau kendalikan sehingga menjawat jawatan Kapten ialah B767. |
|
Pertama kali menaiki pesawat QANTAS Link model Dash-8 dari Melbourne ke Launceston, Tasmania pada Mei 2011. |
|
Gambar di atas dirakamkan pada Mac 2012 di Lapangan Terbang Melbourne. Pesawat komersial terbesar di dunia, A380 ini membawa saya buat pertama kalinya ke Amerika Syarikat. |
|
QANTAS bermaksud Queensland And Northern Territory Aerial Service. Ini merupakan kapal pertama QANTAS. Gambar saya rakamkan di Lapangan Terbang Sydney Terminal Domestik QANTAS pada tahun 2013. |
|
Pemandangan awal pagi/ sesudah subuh di Australia pada musim panas 2014. Setiap kali menaiki penerbangan domestik pesawat A330, pasti saya akan mendengar lagu penyayi antarabangsa kelahiran Malaysia iaitu Yuna berkumandang di dalam kabin. |
|
Kapal terbang B738 edisi terhad kerana ia dicat seperti era QANTAS 1960an . Gambar dirakamkan di Lapangan Terbang Melbourne pada tahun 2014. |
|
Gambar terkini tahun 2015 di mana saya rakamkan semasa penerbangan dari Amerika Syarikat ke Australia.
Gambar atas : Kamera dari luar pesawat.
Gambar bawah : Di satu sudut di dalam kabin terdapat bahagian snek dan minuman ringan khusus untuk para penumpang yang diberikan secara percuma. Penumpang boleh mendapatkannya pada bila-bila masa di sepanjang penerbangan jarak jauh ini. |
|
Gambar atas : Kapal terbang QANTAS yang diperbuat dari permainan LEGO dipamerkan di Qantas Club Lounge, Lapangan Terbang Melbourne Terminal Domestik. Gambar dirakamkan pada tahun 2015.
Gambar bawah : Kapal terbang komersial terbesar dunia A380 milik Qantas yang pertama diterima dari Airbus ialah pada tahun 2008 dan telah diberi nama 'Nancy Bird Walton' (sama seperti gambar di atas). Beliau merupakan juruterbang wanita muda pertama Australia. Penerbangan pertama beliau adalah pada tahun 1933. Bersempena dengan nama yang telah diberikan, Nancy menjadi tetamu kehormat di majlis perasmian serta penerimaan pesawat tersebut.
|
Saya berdoa dan berharap agar QANTAS akan terus maju jaya dan sentiasa memegang rekod bersih sebagai Penerbangan Paling Selamat Di Dunia sampai bila-bila.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram,
blog_th2010.
sayang sekali qantas xde terbang dr klia kan..kalo x bykla sikit pilihan nk ke oz n nz.
ReplyDeleteZulkifli Mat Isa : According to my husband yang pernah bekerja dengan Qantas dan berada di dalam industri penerbangan lebih dari 20 tahun sehingga sekarang, ada dua sebab mengapa Qantas tidak masuk Malaysia. Yang pertama, sebab political issue. Hubungan Malaysia dan Australia tidak berapa baik semasa era pemerintahan Tun Dr Mahathir. Yang kedua, Qantas melihat potensi penumpang tidak menggalakkan berbanding jika masuk ke Singapura. Tambahan pula flight connnection satu dunia amat bagus sekali di Singapura. Oleh kerana itulah sekiranya ada yang berminat untuk turun ke Malaysia dari Australia, penerbangan Qantas akan turun ke Singapura dan menyambung penerbangan seterusnya dengan Jet Star (penerbangan tambang murah milik Qantas) atau Malaysia Airlines yang juga ahli One World.
DeleteTerima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di sini. Have a good day :)
hehehe..tq..pejelasan yg bagus..selalu jadi silent readers je..=)..
DeleteZulkifli Mat Isa : You're welcome. Teruskan setia bersama blog saya yang tak seberapa ni. :)
ReplyDelete