Friday, 29 January 2016

Sambutan Hari Ulangtahun Di Malaysia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera


Memetik satu perenggan yang diambil dari entri saya terdahulu, "Kali terakhir saya menyambut hari jadi di Malaysia ialah pada tahun 2008. Saya bersyukur kepada Allah kerana pada tahun ini sekali lagi saya dapat menyambut hari istimewa bersama ibu tercinta. Kedatangan saya ke Malaysia turut dirahsiakan tanpa pengetahuan ahli keluarga sehinggalah saya melawat ibu di Ipoh, Perak pada 26 November yang lalu (2105).

Sambutan adalah sederhana kerana hari jadi saya jatuh pada hari bekerja. Saya sekadar memotong kek bersama ibu dan anak saudara (hari kelahiran pada 25 November).




Kek karamel dan kacang gajus ini adalah pemberian dari kakak angkat saya. Hasil dari air tangan beliau memang tidak perlu disangkal lagi . Kepada yang berminat untuk menempah sebarang kek, roti serta manisan, anda boleh menghubungi beliau melalui Instagram : @lis_sweetandsavory


Bersama ibu tercinta.


Bersama ibu dan anak saudara.


Keluar bersama anak-anak saudara.


Makan malam.


Minum lewat malam.

Pemberian setem edisi terhad daripada anak saudara saya, Ashraff. Untuk maklumat anda, saya begitu gemar mengumpul koleksi setem apatah lagi ianya adalah edisi terhad.


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.



No comments:

Post a Comment