Lokasi bagi Kafe Hard Rock (HRC) ini sedikit istimewa kerana ia terletak di dalam bangunan pusat membeli belah terbesar di Amerika Syarikat iaitu Mall Of America. Saiz keluasan HRC ini tergolong antara yang besar yang pernah saya kunjungi. Saya ada menceritakan di dalam akaun Instagram beberapa minggu lalu bahawa penyanyi terkenal Prince dilahirkan dan meninggal dunia di negeri Minnesota, justeru di HRC ini terdapat sebuah patung yang menyarungkan pakaian beliau.
Sedikit buah tangan dari yang dibeli di HRC Mall Of America. |
Kepada yang ketinggalan membaca artikel yang saya siarkan mengenai Mall Of America, anda boleh terus ke alamat seperti di bawah ini ;
http://sharery.blogspot.com.au/2016/06/pusat-beli-belah-terbesar-di-amerika.html
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.
No comments:
Post a Comment