Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Pengangkutan awam monorel di Seattle (Seattle Center Monorail / SCM) telah beroperasi sejak dari tahun 1962. Perkhidmatan monorel ini menghubungkan dua buah stesen iaitu Seattle Center dan Westlake Center Mall. Lokasi kedua-dua buah stesen ini begitu strategik untuk membawa penumpang dari pusat bandar ke menara terkenal, Space Needle.
Video 1 : SCM bergerak menuju ke stesen Seattle Center.
Video 2 : SCM bergerak menuju ke stesen Westlake Center Mall.
VIdeo 3 : Keadaan persekitaran Seattle Center yang bersebelahan dengan Space Needle, Pacific Science Center dan Museum of Pop Culture (MoPop).
Video 4 : Monorel yang bertolak dari Seattle Center akan melintas masuk ke dalam bangunan muzium Pop of Culture (MoPop).
|
Seattle Center. |
|
Menara Space Needle. |
|
Monorel yang berlatar belakangkan Space Needle. |
|
Monorel yang bertolak dari Seattle Center akan melintas masuk ke dalam bangunan muzium Pop of Culture (MoPop). |
|
Stesen Seattle Center. |
|
Bergambar di hadapan stesen sebelum kami membeli tiket. |
|
Hanya wang tunai yang diterima sebagai pembayaran tambang. |
|
Sejarah SCM. |
|
Gerabak ini boleh memuatkan seramai 450 penumpang dalam satu masa. |
|
SCM memastikan keselamatan penumpang terjamin dengan melakukan penyelenggaraan kerap. |
|
Cenderahati Seattle Center Monorail dijual melalui mesin layan diri. |
|
Keadaan di dalam gerabak yang penuh sesak. |
|
Masa perjalanan antara kedua buah stesen mengambil masa dua minit. |
Video 5 : Video penuh ini dirakamkan semasa saya dan suami menaiki monorel dari Seattle Center ke Westlake Center Mall.
|
Pemandangan pusat bandar yang dirakamkan dari stesen Westlake Center Mall. |
Monorel akan berlepas setiap 10 minit manakala waktu operasi berbeza mengikut musim. Untuk maklumat lanjut sila lawati laman sesawang SCM;
http://www.seattlemonorail.com/
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.
No comments:
Post a Comment