Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Setiap kali datang ke Las Vegas, saya dan suami gemar menginap di hotel yang jauh sedikit dari Las Vegas Strip. Oleh kerana kami mempunyai kenderaan sendiri maka jarak untuk ke sesuatu tempat bukanlah halangan.
Residence Inn Marriott Las Vegas South terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran. Keistimewaan Residence Inn ialah kesemua rangkaian hotelnya mempunyai bilik
Suites yang terdiri daripada Studio, 1 bilik, 2 bilik dan Penthouse
Suites.
|
Kebiasaanya kami memilih untuk menginap di 1 bilik suites. |
|
Sudut di bahagian dapur. |
|
Pintu kecil di sebelah pintu masuk ialah tempat untuk menyimpan baju dan kasut. |
|
Meja makan. |
|
Ruang tamu. |
|
Bilik tidur juga mempunyai almari baju dan televisyen. |
|
Almari baju di sebelah tepi tingkap. |
|
Satu lagi almari baju berhadapan dengan cermin solek. |
|
Jumlah bagasi kami berdua sepanjang kembara di Amerika Syarikat selama 3 bulan yang merangkumi musim sejuk dan bunga. |
|
Sarapan pagi di hotel. |
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram,
blog_th2010.
No comments:
Post a Comment