Sunday, 18 June 2017

TownePlace Suites by Marriott - Farmington, New Mexico

TownePlace Suites by Marriott, Farmington merupakan hotel pilihan kami untuk menginap selama beberapa hari. Bilik yang diterima sedikit kecil berbanding bilik suites yang biasa kami menginap di hotel ini sebelum ini. Walau bagaimanapun dengan adanya dapur dan peti sejuk, ia tetap cukup lengkap untuk para tetamu. Satu penambahan yang terdapat di bahagian belakang perkarangan hotel ialah tempat mengecas kenderaan elektrik TESLA.

Kami pernah menginap di tiga buah hotel berbeza di Farmington akan tetapi TownePlace Suites tetap menjadi kegemaran kerana faktor lokasi. Saya turut berkesempatan berjumpa dengan sahabat suami yang bekerja sebagai pengurus hotel. Paula ialah wanita asli Amerika Syarikat dari puak Navajo.
Sekiranya ingin melihat hotel-hotel yang pernah kami menginap, sila gunakan Marriott dan Hilton sebagai kata carian di bahagian atas sebelah kanan lama blog ini.
Ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010 dan langgani saluran You Tube, Shery NN.

No comments:

Post a Comment