Tuesday, 6 November 2018

April 2018 : Las Vegas, Nevada

Sungguh gembira apabila datang ke Las Vegas pada bulan April kerana saya dan suami dapat melangkau seketika dari cuaca sejuk di Vancouver, Kanada dan menikmati cuaca panas di Las Vegas. Tiada istilah musim bunga di kawasan padang pasir Las Vegas kerana suhu pada bulan April sudah mencecah 40°C ke atas.

Seperti yang telah saya ceritakan beberapa kali sebelum ini, setiap kali datang ke Las Vegas kami meletakkan diri sebagai penduduk tempatan kerana keutamaan ialah untuk meluangkan masa bersama keluarga yang tinggal Las Vegas. Biasanya apabila ada waktu senggang baru kami ke tempat-tempat tumpuan pelancong.

Antara gambar-gambar yang dikongsikan di sini dirakamkan di Las Vegas Strip pada waktu siang dan malam, Fashion Show Mall, Town Square Las Vegas, arca seni di Bellagio Hotel And Casino serta menikmati makan malam di Island Malaysian Cuisine dan Giordano's (pada hari yang berlainan).

Tempat wajib yang perlu dikunjungi di Las Vegas Strip ialah ialah bergambar di papan tanda selamat datang. Apabila setiap kali berada di Seattle, Washington, kami pasti bergambar di hadapan kedai Starbucks pertama di dunia untuk menunjukkan betapa banyak kalinya kami datang ke situ. Sama juga di Las Vegas, setiap kali datang ke sini kami wajib bergambar di papan tanda ini.

Island Malaysian Cuisine ialah salah satu restoran halal yang kerap dikunjungi. Ia terletak di Chinatown Las Vegas. Pelbagai menu yang telah dicuba dan antara yang wajib dipesan ialah ikan pari bakar dengan sambal yang dibungkus dengan daun pisang.

Giordano's ialah restoran pizza yang terkenal di Chicago, Illinois kerana ketebalannnya (deep dish pizza). Semasa pernah tinggal di Chicago, restoran ini merupakan antara kegemaran kami berdua. Dengan adanya rangkaian Giordano's di Las Vegas dapatlah kami melepaskan rindu menikmati pizza ini (pizza keju) walaupun rasa dan mutunya sedikit kurang dan tidak boleh menyamai dengan rangkaian di tempat asalnya di Chicago.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ;
https://youtu.be/8fNpTztiiJI

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment