Di sini saya himpunkan koleksi gambar-gambar yang dirakamkan pada musim luruh bulan November tahun lalu di Vancouver, Kanada serta kawasan yang berdekatan dengannya. Hiasan dan lampu berwarna-warni sempena Hari Natal juga telah dipasang di seluruh negara khususnya di pusat membeli belah dan taman awam. Pada 30 November, upacara menyalakan lampu rasmi pokok Krismas bandar Vancouver telah diadakan di Robson Square. Walaupun cuaca sejuk tetapi ia tidak menghalang orang ramai untuk datang menyaksikan kemeriahan pada malam tersebut yang turut disertakan dengan acara nyanyian.
Untuk menonton video dengan kualiti yang lebih baik, sila ke saluran
You Tube Shery NN ; https://youtu.be/t5atrK_rMAU
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment