Tidak jauh dari Taman Tema Air dan Hiburan, terletak pula Tasik Cultus di mana banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti contoh berkhemah, berkelah, memancing, belayar, berbasikal, mendaki, menunggang kuda, ski air dan meluncur angin. Walau bagaimanapun aktiviti ini hanya boleh dilakukan pada musim bunga dan panas kerana kawasan rekreasi Taman Negeri ini ditutup pada musim sejuk. Dari jauh saya dapat melihat salji tebal masih menyelaputi kawasan tersebut. Taman Tema Air dan Hiburan juga hanya dibuka selama tiga bulan sahaja.
Gambar-gambar pemandangan yang dikongsikan di bawah ini saya rakamkan di sepanjang pemanduan ke Chilliwack dan Tasik Cultus. Cuaca pada hari itu agak sejuk iaitu suhu sekitar 0 darjah Celsius hingga 3 darjah Celsius. Manakala semasa di dalam pemanduan pulang ke Vancouver, saya singgah sebentar untuk meninjau Lapangan Terbang Antarabangsa Abbotsford.
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment