Hotel yang dipilih oleh suami semasa kami berada di Winnipeg, Manitoba ialah Courtyard by Marriott yang terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Winnipeg James Armstrong Richardson. Seperti yang saya nyatakan di beberapa artikel sebelum ini, di dalam musim pandemik COVID-19 setiap hotel telah memberikan perkhidmatan norma baru. Di hotel ini saya dapat melihat meja makan di ruang lobi diterhadkan, botol sanitasi tangan diletakkan di tepi lif dan gimnasium.
Kami juga selagi boleh cuba mengurangkan perhubungan komunikasi dan ingin melakukan penjarakkan sosial dengan kakitangan hotel justeru suami saya kerap menggunakan aplikasi Marriott setiap kali ingin membuat urusan daftar masuk dan keluar. Kad kunci bilik juga digantikan dengan telefon tangan menggunakan applikasi yang sama (mobile key). Ia juga memberi akses kepada kawasan lain seperti gimnasium, kolam renang dan pintu parkir kenderaan. Cara ini telah beliau lakukan sejak dari tahun 2016 setiap kali menginap di hotel Marriott. Video pada tahun 2016 semasa menginap di hotel Marriott Calgary, Alberta yang menggunakan mobile key boleh ditonton di sini; https://youtu.be/-GjBXDhWohw. Sebagai maklumat tambahan, aplikasi dari Marriott ini hanya boleh digunakan oleh ahli Marriott Bonvoy sahaja. Selain dijadikan sebagai mobile key, aplikasi ini turut menyimpan maklumat ahli dan ia juga memudahkan mereka untuk berhubung dengan pihak hotel.
Suasana persekitaran di dalam dan luar hotel begitu sunyi. Walaupun masih terdapat tetamu hotel yang datang menginap tetapi ia bukan seperti sebelum pandemik. Lapangan terbang masih dibuka untuk penerbangan terhad dan terhad yang saya maksudkan ialah seakan-akan tidak ada sesiapa di dalam bangunan terminal. Apa yang menarik pada lewat petang Sabtu ialah ada pihak yang menganjurkan tayangan filem di kawasan lapangan terbang berserta dengan beberapa penjual makanan serta minuman. Para penonton hanya menonton di dalam kenderaan masing-masing. Aktiviti seperti ini sedikit sebanyak menceriakan suasana serta dapat menghiburkan penduduk tempatan. Saya tidak menyertai tayangan ini sebaliknya hanya melihat dari jauh sebaik sahaja pulang dari pusat bandar. Gambar saya muat naik paling bawah. Video penuh yang dirakamkan di hotel ini boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/JjKPxzULaQM
Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment