Assalamualaikum w.h.t,dan Salam Muhibbah,
Bertemu kembali :-)
Sudah hampir 4bulan saya menetap di Perth,dan saya baru 2kali berpeluang menonton wayang.Pertama kali pada 3/1/2010 dengan menonton filem Did You Hear About The Morgan di Ace Cinema,Subiaco(barat dari bandaraya Perth). Ace Cinema dapat dilihat seperti berada di dalam rumah banglo.Kecil sahaja tempatnya tetapi nampak begitu santai.
Ace Cinema Subiaco
Tiket berharga AUD16.50 untuk setiap orang
Ace Cinema Subiaco
Pada hari ahad yang lepas 24/1/2010,saya berpeluang kali kedua menghabiskan waktu hujung minggu dengan menonton wayang.Filem apa lagi kalau bukan Bran Nue Dae :-)Tentu ada yang ingin tahu,apakah maksud di sebalik tajuk di atas.Bran Nue Dae,atau ejaan yang betul Brand New Day dan jika dalam bahasa Melayu,maksudnya Hari Baru.
Sebelum bermulanya tayangan di pawagam,promosi filem ini rancak dimainkan di kaca tv.Oleh kerana itulah sejak awal lagi hati melonjak ingin menonton,ini kerana Bran Nue Dae adalah filem,produksi dari Australia.Jalan ceritanya juga berkisar mengenai cara kehidupan rakyat tempatan terutamanya para pelakon dari masyarakat Aboriginal(orang asli Australia),serta pengembaraan dibuat di beberapa daerah di Australia Barat termasuk lah di Perth!
Apa yang saya ingin ceritakan di sini bukanlah mengenai jalan cerita filem ini semata.Izinkan saya berkongsi pengalaman ketika saya berada di panggung wayang yang boleh di katakan antara salah satu panggung wayang yang tertua di bandar ini malah cukup menarik perhatian saya.Piccadilly Cinema Centre adalah nama yang diberi,dan tersergam di dalam bangunan Piccadilly Arcade,Hay Street,Perth.
Gambar di atas kanan boleh nampak di situ seperti kaunter menjual tiket.Malangnya tidak ada sesiapa di situ,melainkan penuh dengan pelbagai poster filem.Kaunter tiket sebenarnya terletak di bahagian dalam.
Jika dari pintu masuk,sudah nampak sedikit klasik,jadi saya dapat bayangkan Piccadilly Cinema ini tidak jauh beza dengan panggung wayang lama di Malaysia seperti Lido,Cathay,Rex dan sebagainya.
Satu persatu anak tangga didaki,rupanya tinggi juga bangunan ini.Nampak dari luar seperti kecik dan rendah sahaja Piccadilly Cinema ini,tetapi sangkaan saya salah.Anak tangga didaki berpusing pusing sama seperti saya di tingkat bawah menuju ke tingkat tiga!Sebelum "pendakian" berakhir menuju ke ruang utama/kaunter tiket,sempat saya merakamkan beberapa gambar;
Gambar atas kiri :
Poster filem menghiasi dinding,serta hiasan diletakkan di atas meja kopi.Sekilas pandang nampak seperti berkunjung ke rumah kawan pula :-)
Gambar atas kanan :
Beberapa anak tangga terakhir sebelum tiba ke ruang utama,dan kaunter menjual tiket serta makanan dan minuman ringan.
Selepas membeli tiket,terlupa pula untuk mengambil gambar di sekitar ruang utama.Maaf ya,leka gara gara melihat serta meninjau keadaan sekeliling.Boleh saya katakan konsep serta dekorasi Piccadilly Cinema sama seperti berada di dalam rumah.Beberapa meja makan,kerusi,meja kopi,sofa,hiasan dinding,dan pokok pokok memenuhi ruang yang ada.
Bran Nue Dae ditayangkan di panggung nombor dua,satu tingkat bawah dari kaunter tiket serta ruang utama ini.Sambil menuruni anak tangga,sempat juga jari ini merakamkan gambar kandid,...
Serta poster filem Bran Nue Dae
Gambar atas kanan : Jessica Mauboy adalah pemegang watak utama dalam filem Bran Nue Dae.Gadis ini lebih di kenalikan sebagai penyanyi sebelum menceburi bidang lakonan.Raut wajahnya,ada seperti gadis Melayu? :-)
Ibu beliau adalah rakyat Australia berketurunan Aboriginal,manakala bapa beliau berasal dari Indonesia.
Bergambar sebelum memasuki panggung
Tepat pada waktu yang dijanjikan,pintu dibuka dan kesemua para penonton Bran Nue Dae dibenarkan masuk ke panggung dua.Saya tidak tahu bagaimana saiz panggung satu dan tiga di Picardilly ini,tetapi panggung dua sederhana kecil yang boleh memuatkan sekitar 70-80 penonton sahaja.
Keadaan dlm panggung juga bersih,pewangi juga disembur secara otomatik setiap beberapa minit.Niat di hati untuk duduk di kerusi lipat(seperti kerusi panggung Lido)tidak kesampaian kerana kesemua kerusi lama telah digantikan dengan kerusi baru.
Walaupun sistem bunyi tidak berapa bagus,tetapi ianya setimpal dengan harga yang dibayar.Satu tiket berharga 8dollar adalah bayaran yang paling murah berbanding panggung wayang lain.
Secara kesimpulannya,saya berpuas hati malah gembira dapat menonton di Piccadilly Cinema yang "veteren" namun masih cantik,bersih,klasik dan keadaan sekeliling yang begitu santai.
Lupakan seketika panggung wayang biasa,dan moden yang terletak di dalam bangunan membeli belah.Saya tahu dan pernah ternampak beberapa lagi panggung wayang mini yang terletak di dalam bangunan lama di sekitar bandaraya Perth ini.InsyaAllah,akan saya pergi ke sana juga :-)
Best nye vintage cinema tu. Nanti kita pergi lagi :)
ReplyDeleteunclee.. bawak cek skali ye.. cite adnan sempit ada x? sonok.. gelak guling2.. :)
ReplyDelete