Assalamualaikum w.h.t, dan salam mesra.
Topik perbualan saya pada hari ini ialah berkenaan dengan gambar,kamera dan fotografi.
Ramai kenalan rapat memang kenal siapa saya.Syarimah dan kamera memang agak sukar untuk di pisahkan.Kamera sentiasa menjadi peneman saya sejak dari zaman persekolahan sehinggalah ke hari ini..
Minat untuk bergambar,bergaya di depan kamera sudah biasa bagi saya sejak dari kanak-kanak lagi.Seawal umur 5 tahun saya sudah pandai bergincu,memakai pewarna kuku,dan berjalan memakai kasut tinggi kepunyaan kakak-kakak saya. :-) Semasa kecil saya sudah terdedah dengan dunia kecantikan,modelling,ini kerana kesemua kakak saya bekerjaya sebagai model sambilan.Saya pasti faktor ini membuatkan saya jatuh cinta dalam "dunia bergambar"
Apabila usia menginjak remaja,saya menceburi bidang modelling secara sambilan.Hobi ini berterusan selepas tamat persekolahan.Pernah memperagakan pakaian dan berjalan di hadapan tetamu di atas "runway",bergambar untuk beberapa majalah,dan di paparkan beberapa aktiviti saya bersama Puteri UMNO di dalam beberapa surat khabar utama.Pengalaman bekerjasama dgn ramai jurukamera dan di temubual oleh beberapa wartawan(termasuklah wartawan Azrinaz Mazhar Hakim yang kini menjadi isteri Sultan Brunei),amatlah saya hargai dan tidak akan saya lupakan sampai bila bila.
Pernah terlintas untuk menceburi kerjaya "terbang" iaitu pramugari.Semua orang tahu kerjaya ini memperolehi gaji yang besar,dapat melancong dan yang paling penting,sejak kecil saya amat menyukai pakaian seragam pramugari MAS.Pada tahun 1993,saya pernah melihat dan memegang pakaian seragam itu,alangkah seronoknya :-) Pakaian itu milik rakan kepada abang saya.
Tetapi pada ketika itu minat,cita cita saya lebih dalam dan menebal untuk menjadi pereka fesyen dan model sambilan.
Pada tahun 2004,saya di suruh oleh arwah bapa untuk pergi ke temuduga sebagai pramugari MAS.Sedikit kelakar kerana saya tidak memperdulikan apa yg di suruh oleh arwah.Ketika itu saya amat sibuk dengan pelbagai aktiviti Puteri UMNO,juru andam sambilan,dan berulang alik ke Kuala Lumpur untuk beberapa sesi fotografi.
Entah mengapa,dan bagaikan tidak percaya,seminggu selepas itu,saya masuk ke dalam stor di rumah,mencari semula surat khabar mengenai temuduga MAS.Melihat pada tarikh temuduga,saya masih berlum terlambat.Saya sempat membuat persiapan dan menyediakan semua dokumen yang di kehendaki.Saya pernah menghadiri temuduga jawatan pramugari Air Asia di Ipoh dan berjaya di temuduga ke peringkat seterusnya di Kuala Lumpur,oleh itu pengalaman yang ada itu saya gunakan sepenuhnya untuk temuduga bersama MAS.
Benar kata orang,rezeki ada di mana mana,dan setiap apa yang berlaku sudah tertulis dan ada hikmahnya.
Syukur Alhamdulilah,dengan rasminya pada Oktober 2004,saya bertugas sebagai pramugari MAS.Jika pada masa itu arwah bapa tidak menyuruh saya pergi ke temuduga MAS,mungkin hari ini saya sudah menjadi pereka fesyen :-)
Semasa menjalani latihan selama 4 bulan di Malaysia Airlines Academy,boleh di katakan saya lah "camerawoman" bagi pihak kelas :)
Rakan sekelas tahu,saya adalah "tauke gambar".Setiap hari tanpa gagal saya bergambar dan mengambil gambar.Mereka juga sanggup membeli gambar gambar dari saya.Hmmm bisnes kecil kecilan :-)Kerjaya sebagai pramugari ini amat mencabar,dan meletihkan.Tetapi penat lelah berbaloi apabila bonusnya kita dapat melancong ke merata negara.
Bagaimana pentingnya passport perlu dibawa semasa bekerja,begitu juga pentingnya kamera saya!Saya tidak akan terbang tanpa kamera :-)
Sepanjang saya terbang di awan biru selama 5tahun,saya sudah menukar ganti 3 kamera digital.Yang pertama adalah kamera digital Fujifilm,kedua Nikon dan yang ketiga Samsung.Walaupun saya suka bergambar,dan mengambil gambar,tetapi tidaklah saya suka mengumpul bermacam macam jenis kamera.Bagi saya,satu kamera sudah cukup,mengapa perlu membazir.
Sangat berbaloi apabila saya menggunakan satu kamera sehingga rosak dan kemudian menggantikan dengan yang baru,dan begitu lah seterusnya sehingga saya menukar sebanyak 3 kali.Saya berpuas hati kerana kesemua "anak kecil" ini sudah merakamkan seribu satu wajah dan keindahan alam semula jadi di serata dunia!
-Gambar di sebelah kanan atas ini dirakamkan di Hong Kong menggunakan kamera digital Fujifilm
-Gambar atas di kanan bawah ini dirakamkan di Puncak Gunung Kinabalu menggunakan kamera digital Nikon
Meninggalkan dunia penerbangan di akhir 2009,maka berakhir juga "riwayat hidup" kamera digital Samsung saya.Saya lampirkan di atas sekeping gambar kenangan yang dirakamkan oleh kamera ini ketika saya berada di Istanbul,Turki :)
Pucuk dicipta ulam mendatang dan bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.Selepas kamera digital Samsung tidak boleh digunakan lagi,syukur Alhamdulilah suami telah menghadiahkan sebuah lagi kamera yang baru,Canon EOS 500D.Adalah sesuatu yang baru bagi saya apabila menjadi pemilik camera dslr :-)Oleh kerana minat yang amat mendalam dalam "dunia bergambar"sejak dahulu lagi,maka ini membuatkan saya ingin belajar menggunakannya sebaik mungkin. Harganya bukanlah murah,rugi sekiranya mempunyai kamera sebegini tetapi tidak mempelajari atau membelinya sekadar ingin mengikut orang lain atau mengikut trend.
Usia kamera Canon saya baru mencecah 3 bulan.Tidak di sangka "anak"baru ini sudah merakamkan beribu gambar di serata Australia Barat.Beberapa rakan saya ada melihat hasil kerja seni saya bersama Canon.Ada yang memuji,dan ada yang berkata,"boleh buat duit!"
Ya,saya terkejut,dan terlintas di fikiran saya benarkah "boleh buat duit?"Hurmmm,itu boleh di fikirkan di kemudian hari.Jangan gelojoh atau mendabik dada atas pujian.
Untuk pergi lebih jauh dan berjaya,saya memerlukan maklum balas dari ramai pihak.Terima Kasih juga kepada suami tercinta,Nur Azly Jabbar,serta anak anak saudara Yie dan Cik Intan yang tidak jemu memberi sokongan,pandangan,pujian dan kritikan.Doa kan yang terbaik ya!
2010 pasti akan ada kejutan dan nantikan,InsyaAllah... :)
Gambar dirakamkan di Corrigin,Australia
Maafkan saya,ada sedikit kesilapan taknikal pada 2gambar di atas.Tetapi tidak mengapa,anda boleh klik pada gambar2 tersebut,dan anda boleh lihat gambar itu secara berasingan.Terima Kasih.
ReplyDeleteWoo Hoo..... Keep it up :) Awesome entry.
ReplyDelete2010 with a BANG on Photography :) more ronda ronda with Kak Non @ odd hours in the middle of night/day/dawn/dusk :)
woaaaa.. congrates acu!!!! bravoo!! the best blog ever after.. i lyke!! muahss.. ~cek~
ReplyDeleteKamon Acu, join the exclusive club if blogger world..
ReplyDeleteNice blog, macam tgk cerita acu drp kecik hingga sekarang..
Keep it simple!!!....
All the best
~chabb botak
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteYup yup,mmg cerita di atas berkisar sejarah hidup,hehhe.mcm kesimpulan :)
ReplyDeleteTerima Kasih.
Mahu lebih komen,kritikan :)
salam...
ReplyDeletehi sis im jst need ur opinion...
sy xprnah attnd mane2 interview tbuka by mas or air asia..
mcm mne proses intrview for FA ya?
usually what kind of ques they would ask???
if we r n0t fluent in eng it that 0kay?
tringin sgt nak cuba tp x de kyakinan...
dlu abis spm arwah mama sll bgtau mne2 advertise mas/air asia..:(
bl nmpk iklan je hati mst kata nak pergi..huhu
pls pm me at my gmail iqa.pinky@gmail.com..
tq
salam iqa,i will email u,bila akak ada kesempatan k.thanks :)
ReplyDelete