Wednesday, 2 March 2011

Prihatin

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Muhibah

Semasa saya dan suami menuju ke tempat letak kereta di apartmen kami,dari jauh saya ternampak ada secebis nota di letakkan di cermin depan kereta Mercedes ini.

Sangkaan kami mungkin pemandu ini telah meletakkan kenderaan beliau di ruang yang salah dan pemilik sebenar ruang parkir barangkali sudah marah lalu meninggalkan nota amaran.
Kami menghampiri dengan lebih dekat dan...
inilah isi kandungan nota tersebut.

Rupa-rupanya salah seorang penghuni di kediaman kami telah memberitahu pemilik kereta Mercedes ini bahawa kereta beliau mengalami masalah kebocoran tangki minyak.

Kesimpulan dan moral yang boleh di ambil ialah sifat bantu membantu dan prihatin antara satu sama lain.Pernah kah anda melihat situasi sebegini di tempat,negeri atau negara anda?
Jika belum,selepas ini mari lah kita sama-sama menanamkan sifat prihatin di dalam diri kita semua.:-)

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Back home ramai fikir tentang diri sendiri je. Over here, we look out for one another. If we sees something, ignores it & if something happens, we're liable for what happens later & its consequences too.

    Therefore everyone need to have a sense of "Duty Of Care". Look our for everyone's safety & property otherwise if something happens, it's a chain reaction that not only it will affect the victim but the whole community itself.

    Imagine if the car blow up due to some naked light issues, the whole building will be evacuated and affects more than just the victim.

    So have a thought :) Very interesting observance.

    Keep it up.

    ReplyDelete
  3. Pilotz : well said.and Thanks

    ReplyDelete