Saturday, 5 March 2011

Sabtu Yang Indah

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Hari ini dengan rasminya saya sudah kembali pulih dan sihat dari demam selesema yang saya tanggung selama satu minggu.
Walaupun di sini sudah masuk musim luruh,tetapi cuaca yang dilaporkan pada hujung minggu adalah panas.Barangkali baki musim panas masih ada yang tertinggal :-)
Di kesempatan yang ada,saya memakai pakaian dan kasut musim panas lalu saya pun keluar bersiar-siar sebagai tanda untuk memanjakan diri setelah hampir seminggu 'berkurung' di dalam rumah.

Pada sebelah tengah hari,setelah menikmati nasi dan ikan belado di restoran Blok M,saya menuju ke Docklands dengan menaiki trem.
Aktiviti yang sangat suka saya lakukan ketika bosan ialah berjalan kaki(senaman kegemaran saya),window shopping dan mengambil  gambar.
Saya menghabiskan beberapa jam berjalan serta menjamu mata di Harbour Town  (http://www.harbourtown.com.au/)
dan sebelum pulang,saya singgah ke pameran kereta antik yang diadakan tidak jauh dari situ.
Pameran ini bukan sahaja mengumpulkan peminat-peminat kereta antik,malah ada beberapa buah kereta tersedia untuk dijual. (http://www.lincolnmercury.com.au/)

Saya kongsikan bersama anda beberapa gambar yang sempat saya rakamkan.Kualitinya agak tidak memuaskan kerana saya menggunakan kamera telefon bimbit.Hari ini saya tidak membawa kamera kesayangan kerana mood hanya mahu menggalas beg yang ringan sahaja :-)

Pertama kali melihat kereta antik mini sebegini


Anda nampak kepala tengkorak?


Saya suka melihat kereta bewarna ungu itu

Milik siapakah kaki ini?

Berlatar belakangkan Stadium Etihad

Esok juga dilaporkan panas terik suhu sekitar 27 darjah selsius.InsyaAllah,saya akan keluar bersiar-siar lagi dan jika ada cerita menarik akan saya kongsikan bersama anda di sini.
Sekian.



8 comments:

  1. Woahhhhh kereta zaman 50-60s.
    Awesome oppurtunity dapat tengok up close and personal with collectors items :)

    ReplyDelete
  2. yes d purple color car..cantikkk...



    Pemalas Jln kaki

    ReplyDelete
  3. Pilotz : Yes,peluang..Tapi pasangan tercinta takde sebagai peneman utk bergambar :(

    Pemalas Jalan Kaki : Cantik kan kereta purple tu? :) U malas jalan kaki,apa kata beli kasut roda je lah.hehehheh

    ReplyDelete
  4. aku pn ske yg purple colour 2,,,npak pelik tp cntik,,,,,

    ReplyDelete
  5. Anonymous : Kita lahir zaman 80an,tu psl nmpk keta tu pelik..Agak2nya org2 veterann tgk tak pelik..hehehhe :-)

    ReplyDelete
  6. acu demam?? cepat baik!! :)

    acu, tengkorak tu dkt kepala gear dye ke??

    ReplyDelete
  7. Miis Eyntan : acu dah baik demam.Tq :)
    Yes,..cek org pertama perasan,kepala gear tu tengkorak..hehehe

    ReplyDelete