Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu
Mula berjalan kaki dari stesen
MRT City Hall kemudiannya ke
Boat Quay,
Raffles Place seterusnya ke
Speakers' Corner, saya menyambung perjalanan ke
Chinatown.
|
Sekitar Chinatwon |
|
Sekitar Chinatown |
|
Gambar atas : Salah satu rumah awam (berwarna kuning) yang sudah tua usianya
Gambar bawah : Dereten bangunan lama yang masih dijaga dengan baik |
|
Kawasan membeli belah di Chinatown |
|
Pada waktu dahulu Ibu Pejabat Polis, Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah dan Cawangan Keselamatan Singapura, kesemuanya beroperasi di Chinatown. Selepas tahun 2007 barulah kesemua Ibu Pejabat berkenaan berpindah ke Novena.
Gambar atas : Suami saya sedang melihat dari jauh pejabat lama beliau dan mengimbau kenangan sepanjang berkhidmat dengan Singapore Police Force (SPF). Pada tahun 1995, suami saya yang pada ketika itu sedang berada di sekolah penerbangan di Australia terpaksa pulang ke Singapura untuk menyertai Perkhidmatan Negara (National Service). Dalam tempoh tersebut beliau bersama dengan Singapore Armed Forces (SAF) selama 12 bulan dan seterusnya dengan Singapore Police Force selama 18 bulan.
Gambar tengah : Di atas bangunan masih tersergam lagi logo polis lama
Gambar bawah : Ini pula ialah bangunan CID. Menurut cerita dari suami, pada waktu dahulu (ketika Ibu Pejabat Siasatan Jenayah masih beroperasi), mereka yang berjalan di kawasan tempat saya mengambil gambar ini dapat mendengar dengan begitu jelas suara dan jeritan dari dalam bilik siasatan polis. |
|
Chinatown yang sentiasa sibuk |
|
Bangunan Majestic Theatre di Chinatown ini telah berusia 85 tahun |
|
Gambar yang saya ambil dari sumber Google ini lebih nampak jelas bangunan Majestic Theatre dari arah depan |
|
Gambar atas : Menuju ke stesen MRT Chinatown
Gambar tengah : Peta ringkas Chinatown dan sekitarnya
Gambar bawah : Menunggu keretapi untuk menuju ke HarbourFront |
wow... agak2nya camana le awak ni nak menyongket dgn diba ke chinatown...tak boleh le megholoh dlm mrt ye dak hehe..
ReplyDeletesazsaz : Tak payah meroloh le, selalu takde seat kosong pun. berdiri le jawapnye
ReplyDelete