Bangunan Esplanade – Theatres on the Bay terletak berdekatan muara Sungai Singapura yang di dalamnya mempunyai dewan konsert serta teater bertaraf dunia manakala tingkat tiga pula terdapat perpustakaan awam.
Boleh dikatakan Esplanade – Theatres on the Bay seakan-akan Istana Budaya di Kuala Lumpur.Seingat saya Anuar Zain,Siti Nurhaliza,Misha Omar,Jaclyn Victori dan Adibah Noor pernah mengadakan konsert di sini.Tak lupa juga teater terkemuka Puteri Gunung Ledang yang telah mengambil pentas di Esplanade – Theatres on the Bay pada tahun 2006.
Sudah beberapa kali saya datang ke sini termasuklah pada malam tahun baru 2005.Ketika itu keadaan amat sesak dan begitu ramai orang yang datang sejak dari siang hari.Mereka berkumpul semata-mata ingin melihat percikan bunga api pada detik jam 12 tengah malam.Oleh kerana rimas dengan kesesakan tersebut,saya pulang awal dan hanya menyambut tahun baru di hotel.
Gambar atas : Menaiki MRT Gambar tengah : Keluar stesen "City Hall" menuju ke Esplanade – Theatres on the Bay Gambar bawah : Dalam perjalanan menuju ke Esplanade, semua laluan melalui bawah tanah |
Gambar atas : Di luar pintu masuk utama Gambar tengah : Di hadapan pintu masuk utama Gambar bawah : Pelbagai risalah mengenai konsert atau persembahan yang bakal berlansung di sini |
Gambar atas : Menghala ke dewan teater Gambar tengah : Menghala ke dewan konsert Gambar bawah : Salah satu papan tanda unik mengenai Mosaic Music Festival |
Gambar atas : Esplanade - Theatres on the Bay dari pandangan tepi Gambar tengah dan bawah : Berjalan kaki menuju ke Merlion Park |
Selepas ini, Merlion Park.
No comments:
Post a Comment