Sudah tiga kali saya pernah ke Colombo, Sri Lanka. Pada masa itu penerbangan bermula dari Kuala Lumpur dan akan singgah dahulu ke Male sebelum kami bermalam di Colombo. Gambar-gambar di bawah ialah ketika pertama kali saya datang ke sini pada pertengahan tahun 2005. Menginap selama dua malam di sini membolehkan saya dan rakan sekerja yang lain bersiar-siar di sekitar bandar. Selepas daripada itu, trip semakin pendek apatah lagi keadaan keselamatan (pergolakan politik) pada ketika itu agak berbahaya bagi kami untuk keluar. Oleh itu dan saya menghabiskan masa berehat di dalam bilik hotel sahaja
Gambar atas : Pemandangan dari bilik hotel. Gambar bawah : Di belakang saya ialah Galadari Hotel tempat penginapan anak-anak kapal MAS. |
Gambar atas : Salah sebuat patung di Galle Face Dr. Gambar bawah : Sambil pemuda itu meniup serunai, saya cuba memberanikan diri duduk berdekatan dengan ular yang berada di dalam bakul itu. |
Gambar atas : Meriam di Fort, Colombo. Gambar bawah : Di daerah pusat bandar. |
Antara pengangkutan awam yang terdapat di Colombo. |
Gambar atas : Masjid Dewatagaha Colombo. Gambar bawah : Victoria Memorial Building. |
No comments:
Post a Comment