Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas/Fort Worth (DFW) merupakan lapangan terbang antarabangsa utama di negeri Texas, Amerika Syarikat. Ia merupakan hab bagi American Airlines, yang ibu pejabatnya terletak berhampiran dengan lapangan terbang.
DFW mempunyai keluasan 17,207 ekar sekaligus menjadikan ianya lapangan terbang yang terbesar di Texas dan yang kedua terbesar di Amerika Syarikat (di belakang Lapangan Terbang Antarabangsa Denver). Mengikut statistik tahun 2013 yang diperolehi dari Airports Council International, DFW merupakan lapangan terbang ketiga tersibuk di dunia (bilangan kapal terbang takeoff/landing) dan ke sembilan paling sibuk di dunia bagi laluan trafik penumpang.
|
Menggunakan keretapi aliran ringan Skylink untuk menukar terminal. |
|
Admiral Club Lounge Dining dikhaskan bagi ahli Admirals Club, US Airways Club dan penumpang One World yang layak sahaja. |
|
Cenderamata dari Starbucks yang wajib dibeli oleh saya dan suami setiap kali singgah di mana-mana cawangan yang berbeza. |
|
Pemandangan keseluruhan Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas/Fort Worth. |
No comments:
Post a Comment