Entri ini adalah bersambung dari bahagian 1;
http://sharery.blogspot.com.au/2016/03/caterpillar-visitor-center-bahagian-1.html
Peta ini menandakan Caterpillar berada hampir di seluruh negara di serata dunia termasuk Australia. |
Mini muzium ini bakal berakhir ke bahagian pameran jentolak dan trak gergasi. |
Beberapa tahun lalu suami saya dijemput khas oleh Caterpillar untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman beliau di dalam bidang penerbangan bagi menjayakan projek trak perlombongan gergasi yang direka khas menggunakan teknologi terkini dan canggih iaitu trak tanpa pemandu dan dikendalikan oleh robot (AHS). Seperti yang diceritakan di dalam bahagian pertama, trak gergasi tanpa pemandu yang dimiliki oleh Komatsu adalah yang pertama di dunia telah diguna pakai di Australia Barat sejak dari tahun 2008.
Trak perlombongan gergasi tanpa pemandu Caterpillar adalah kedua dicipta selepas Komatsu. |
Gambar kiri : Dua orang petugas Caterpillar Visitors Center dan pelawat begitu tekun mendengar mengenai trak AHS yang diceritakan oleh suami. Gambar kanan : Antara jentera lain yang dipamerkan. |
Beberapa buah simulator jentolak disediakan khas untuk pelawat. Ia boleh digunakan kepada semua peringkat umur. |
Gambar kiri : Jentolak bersaiz sebenar. Gambar kanan : Simulator. |
Bergambar di hadapan poster yang menghiasi salah satu dinding bangunan. |
Kunjungan saya ke Peoria, Illinois bukanlah yang pertama atau kedua, tetapi kunjungan paling baharu dan berpeluang melawat ke Caterpillar Visitors Center adalah yang paling bermakna buat diri saya. Terima kasih kepada Caterpillar kerana memberikan saya banyak ilmu pengetahun bukan sahaja tentang syarikat tetapi juga tentang sejarah Peoria dan Amerika Syarikat secara keseluruhannya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.
menarik.. xpernah tgk trak yg sebegitu besar ..
ReplyDeleteSima : Tak pernah tengok sebab takde di Malaysia atau di Asia khususnya. Hehhe :)
Deletea ah betul2 😄
ReplyDelete