Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Madison merupakan ibu negeri bagi Wisconsin. Ia adalah bandar kedua terbesar di negeri ini selepas Milwaukee. Jarak antara kedua-dua buah bandar ini ialah lebih kurang 128 km. Kunjungan saya ke Madison tidak lama tetapi cukup sekadar dapat bersiar-siar dan mengambil gambar sekitar kawasan pusat bandar dan di perkarangan pusat pentadbiran kerajaan negeri (Wisconsin State Capitol). Antara yang menarik perhatian saya apabila menjejakkan kaki di sini ialah persekitaran serta seni bina bangunan yang saya rasakan seperti berada di negara Eropoah.
|
Tasik Monona, Madison. |
|
Keadaan selepas hujan dengan suhu yang rendah. |
|
Di dalam perjalanan menuju ke Capitol Square. |
|
Capitol Square yang berdekatan dengan pusat pentadbiran kerajaan adalah menjadi tumpuan orang ramai kerana di sini sering diadakan pelbagai festival serta ia menempatkan pelbagai restoran, kafe, pusat hiburan dan hotel. |
|
Wisconsin State Capitol. |
|
Pusat pentadbiran kerajaan negeri Wisconsin. Saya mengambil beberapa gambar bangunan ini dari sudut yang berbeza. |
|
Pusat bandar Madison. |
|
Pengusaha makanan melalui trak sedang bersiap-siap untuk penjualan pada waktu tengah hari. |
Selepas Madison, saya dan suami meneruskan pemanduan ke Milwaukee. Nanti entri yang bakal disiarkan tidak lama lagi.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram,
blog_th2010.
dah start spring yer? sure cantik dgn bunga2 π»πΌπΊπ·πΉπ
ReplyDeleteSima : Tengok tempat.Kalau yang masih ada snow masih lambat nak berbunga.
Delete