Des Moines adalah ibu negeri bagi Iowa dan juga bandar paling ramai penduduk iaitu seramai 203 433 (bancian sehingga 2015). Sudah menjadi satu kewajipan bagi saya dan suami untuk singgah dan bergambar di hadapan bangunan pentadbiran kerajaan di setiap ibu negeri di Amerika Syarikat. Kali ini kami berkesempatan mengunjungi Iowa State Capitol. Walaupun kami tiba pada lewat petang dan di tambah pula cuaca yang sejuk, namun kami tetap meneruskan lawatan di sekitar kawasan.
Tiba di Des Moines sebaik sahaja selesai hujan. |
Bangunan indah ini dibina antara tahun 1871 dan 1886. |
Di sekitar kawasan persekitaran. |
Di sekitar kawasan persekitaran. Gambar kanan : Patung bekas Presiden Amerika Syarikat iaitu Abraham Lincoln dan anaknya, Tad. |
Kedudukan bangunan pentadbiran kerajaan negeri yang terletak di atas bukit telah memberikan satu pemandangan yang menarik. Jelas kelihatan di dalam gambar ialah pusat bandar Des Moines. |
Kubah utama disaluti emas 23 karat menonjolkan lagi keindahan bangunan walaupun dalam cuaca yang mendung. |
Bergambar di hadapan bangunan Iowa State Capitol. |
Pusat bandar Des Moines. |
Pusat bandar Des Moines. |
Satu klip video pendek yang saya rakamkan di hadapan bangunan pentadbiran kerajaan akan di muat naik di dalam akaun Instagram saya dalam beberapa hari lagi.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.
No comments:
Post a Comment