Wednesday, 11 May 2016

Salji Pada Musim Bunga

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Salji yang turun pada musim bunga (selepas musim sejuk) adalah kejadian yang biasa terjadi di kebanyakan negara ia masih turun. Di sini saya kongsikan beberapa gambar yang saya rakamkan pada bulan April.




Video yang anda tonton ini bukanlah hujan sebaliknya salji yang baharu bermula. Ia turun dengan lebatnya semasa saya dan suami di dalam perjalanan dari Des Moines, Iowa menuju ke Omaha, Nebraska. Gambar-gambar yang saya sertakan ini dirakamkan selepas dari video di atas.




Suhu di luar ialah 32 darjah Fahrenheit iaitu bersamaan dengan 2 darjah Celcius.



Pemandangan di kiri kanan lebuhraya yang diselaputi salji.


Berhenti di Walnut, Iowa untuk makan malam.



Walnut, Iowa.






Stesen minyak juga telah diselaputi ais.










Suhu pada ketika ini semakin rendah.







Bukan sahaja bulan April tetapi baharu beberapa hari lalu salji masih turun di salah satu negeri di Amerika Syarikat.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


2 comments:

  1. Salji tebal juga turun masa musim bunga, mesti cuaca masih sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Radin Fadli : Betul tu, biasanya April masih sejuk. Ada sesetengah tempat (terutama kawasan pergunungan), bulan Mei masih ada salji turun.

      Delete