Hentian rehat di sepanjang lebuh raya seakan sama seperti di Malaysia kerana kafe, restoran makanan segera dan gerai cenderamata semuanya ditempatkan di bawah satu bumbung. Ia sama sekali berbeza dari apa yang terdapat di Amerika Syarikat. Keadaan di tempat rehat begitu sesak dengan orang ramai kerana pada minggu itu jatuh musim cuti umum yang panjang.
Walaupun sudah masuk musim luruh tetapi kebanyakan pokok masih belum bertukar warna. Hanya apabila sudah hampir tiba ke Ottawa baru kami dapat melihat sedikit pokok yang daunnya berwarna kuning dan merah itu pun setelah disinari dengan cahaya matahari petang. Anda boleh melihat pemandangan di sepanjang perjalanan melalui video yang dimuat naik di bawah ini.
https://youtu.be/InX9Odrgk_I
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment