Restoran Malaysia bertempat di Richmond Hill, lebih kurang 33 kilometer dari bandar Toronto. Kepada mereka yang berminat untuk datang ke Restoran Malaysia, saya menggalakkan anda untung datang dengan menaiki kereta kerana restoran ini terletak di kawasan perumahan luar dari pusat bandar Toronto.
Saya dan suami berkesempatan berjumpa dengan pemilik restoran iaitu Mr Chew yang berasal dari Johor. Beliau juga merupakan rakan kepada rakan kami yang tinggal di sana. Mr Chew bukan sahaja peramah malah masih boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.
Kesemua hidangan makanan adalah halal. Kami memesan beberapa jenis hidangan seperti, kerabu mangga, murtabak, nasi ayam Melayu, Wat Tan Ho, minuman horlicks panas, kuih kochi dan pulut panggang. Kami sangat berpuas hati dengan semua hidangan yang dipesan. Sedap, saiz yang besar dan berbaloi dengan harganya.
Restoran Malaysia
815 Major Mackenzie Drive East
Richmond Hill, ON, L4C 9X2
Canada.
https://www.restoranmalaysia.com/
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment