Monday, 3 August 2020

Melihat Pengambaran Filem Hari Krismas

Vancouver serta daerah-daerah yang berdekatan dengannya begitu terkenal sebagai tempat menjalani pengambaran drama atau filem tempatan dan antarabangsa yang terdiri daripada pelbagai aliran dan gaya termasuklah pembikinan drama dan filem sempena musim perayaan Hari Krismas. Pengambaran biasanya dijalankan berbulan-bulan awal dari tarikh tayangan yang dijadualkan pada hujung tahun.

Salah satu tempat yang kerap dijadikan pengambaran ialah di Steveston, British Columbia. Setiap tahun saya berpeluang melihat  beberapa pengambaran sempena Hari Krismas dengan lebih dekat termasuklah pada tahun 2019. Kebiasaannya suasana persekitaran di dalam pengambaran ditukar menjadi sebuah bandar di Amerika Syarikat.

Selain gambar-gambar yang saya muat naik, anda juga boleh menonton video melalui saluran You Tube Shery NN; https://youtu.be/4uKzIkiqsb4










Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube  : Shery NN

No comments:

Post a Comment