Boeing Future Of Flight ialah salah satu tempat tarikan pelancong yang wajib dilawati di Seattle, Washington, Amerika Syarikat di mana di sini bermulanya lawatan ke kilang Boeing. Ia merupakan satu-satunya kilang pemasangan jet komersial di Amerika Utara yang boleh dilawati oleh orang awam. Saya dan suami kerap datang ke sini walau bagaimanapun kali ini saya ingin berkongsi gambar-gambar di bahagian galeri di mana ia telah siap diubah suai dan berwajah baru. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kadar bayaran masuk serta perkhidmatan lain yang disediakan, anda boleh ke laman rasmi Boeing Future Of Flight ; https://www.boeingfutureofflight.com/
Anda juga boleh menonton video di saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/DHUIPtGKM2M
Shery NN berkongsi catatan kembara dan pengalaman menetap di beberapa buah bandar di empat buah negara dan di tiga benua yang berbeza.
Wednesday, 19 August 2020
Boeing Future Of Flight Berwajah Baru
You Tube : Shery NN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment