Jika mengikut pelan asal, pada 14 Julai 2020 saya dan suami akan bertolak dari Brantford ke Sault Ste. Marie, Ontario tetapi Niagara Falls seakan memanggil kami untuk pergi ke sana. Jadi, di minit terakhir kami membuat keputusan untuk membatalkan perancangan asal.
Semestinya kedatangan saya ke Niagara Falls pada kali ini tidak sama seperti kedatangan saya pada empat tahun lalu.
http://sharery.blogspot.com/2018/05/pemanduan-dari-toronto-ke-niagara-falls.html
http://sharery.blogspot.com/2018/05/courtyard-by-marriott-niagara-falls.html
https://sharery.blogspot.com/2018/05/bandar-niagara-falls-ontario-kanada.html
http://sharery.blogspot.com/2018/05/niagara-falls-pada-waktu-siang-bahagian.html
http://sharery.blogspot.com/2018/05/niagara-falls-pada-waktu-siang-bahagian_8.html
http://sharery.blogspot.com/2018/05/niagara-falls-pada-waktu-malam.html
http://sharery.blogspot.com/2018/05/hard-rock-cafe-niagara-falls.html
Kali ini saya datang pada musim panas dan ketika pandemik COVID-19. Keadaan persekitaran begitu tenang dan sunyi kerana tidak ramai pengunjung. Selepas meletakkan kenderaan, kami terus menuju ke bangunan Table Rock Welcome Centre. Di sini menempatkan kedai cenderahati, kedai makanan ringan, restoran, anjung tinjau serta beberapa lagi kemudahan lain yang dikhaskan untuk pengunjung.
Seperti yang pernah saya katakan pada artikel sebelum ini, saya melihat penduduk tempatan di sini tidak ramai yang memakai pelitup muka. Ia berbeza dengan di tempat saya di mana pemakaian pelitup muka sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk walaupun di tempat-tempat yang tidak diwajibkan. Begitu juga yang saya nampak sewaktu saya berada di Niagara Falls kerana hanya segelintir sahaja yang memakai pelitup muka akan tetapi ia wajib dipakai sekiranya pengunjung ingin masuk ke dalam bangunan Table Rock Welcome Centre.
Satu perkara yang menarik perhatian kami ialah perbezaan ketara jumlah pengunjung dari kedua buah negara. Ia dapat dilihat melalui feri yang saya letakkan gambarnya di bawah ini. Feri Maid Of The Mist
ialah dari Amerika Syarikat yang pengunjungnya memakai baju plastik hujan berwarna biru manakala feri Hornblower ialah dari Kanada yang pengunjungnya memakai baju plastik hujan berwarna merah jambu.
Saya telah memuat naik video kunjungan ke Niagara Falls di saluran You Tube Shery NN. Di dalam video itu saya tidak meletakkan lagu latar belakang kerana ia membolehkan anda mendengar bunyi deruan airnya dengan jelas. https://youtu.be/I3VCUyiseS0
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment