Tuesday, 23 November 2010

2611 (2009)

Assalamualaikum w.h.t  dan Salam Sejahtera

     Tentu ada yang tertanya tanya apakah maksud di sebalik tajuk di atas dan saya pasti mereka yang terdekat dan mengenali saya sudah dapat meneka.2611 adalah tarikh kelahiran saya.
Hari ulang tahun yang ke-28 pada 26hb November 2009 adalah suatu kenangan manis kerana buat pertama kalinya saya  dapat menyambut bersama suami tercinta.Namun di sebalik kenangan manis tersebut,tercalit kesedihan di dalam diri ini.Semasa belum berkahwin,setiap tahun saya akan meraikan hari ulang tahun bersama keluarga tercinta malah telah menjadi kebiasaan kami mengadakan doa selamat di rumah.
Oleh kerana itulah pada tahun lepas,saya meraikannya dalam suasana yang agak sedikit sepi tetapi syukur suami ada di sisi.


Upacara meniup lilin dan memotong kek diadakan tepat pada jam 12 tengah malam,dan hanya bersaksikan kami berdua.
Hadiah hari ulang tahun yang pada asalnya suami ingin berikan kejutan akhirnya tidak menjadi kerana saya telah memaksa suami untuk memberitahu keadaan sebenar.Mana tidaknya sehari sebelum 26hb,suami tidak berhenti henti mengingatkan saya supaya memakai seluar dan kasut sukan pada esok hari.Tentu lah saya rasa pelik dan hairan,ke mana kami harus pergi sedangkan niat di hati ingin berpakaian cantik pada hari istimewa saya.

Sewal jam 10 pagi,saya di bawa ke Jandakot Airport.

Dalam perjalanan ke Jandakot Airport
Suami telah mendaftarkan saya untuk menaiki pesawat ringan(trial flight).Maaf saya tidak tahu berapa harga yang perlu di bayar untuk trial flight  ini.
Bersedia untuk menaiki pesawat
Juruterbang Ben membantu saya memasang tali pinggang keselamatan
Sudah mula bergerak(taxing)
Saya amat bertuah dan beruntung kerana di beri kepercayaan dari juruterbang Ben untuk menaikkan pesawat sepenuhnya dengan sendiri (take off ).
 Ya,saya yang menaikkan pesawat ini :-)
Semasa di dalam kokpit pesawat,saya sempat merakamkan beberapa gambar yang menarik.Maaf gambar tidak jelas kerana saya menggunakan kamera telefon bimbit.Untuk maklumat anda,telefon bibit hendaklah di matikan ketika berada di dalam pesawat.

Pelabuhan Fremantle
Pelabuhan Fremantle
Juruterbang Ben
Walaupun saya bukan juruterbang,tetapi jika diukur daripada pengalaman dalam bidang penerbangan,saya lebih senior dari Ben kerana beliau baru dua tahun dalam bidang ini dan saya pula sudah bersama dengan penerbangan Malaysia sejak dari tahun 2004.Oleh sebab itulah beliau terkejut apabila mendapat tahu saya adalah bekas pramugari.
Ini bukan kali pertama saya berpeluang duduk di dalam kokpit.Sebelum ini sudah tidak terkira berapa kali saya merasainya ketika naik dan mendarat(take off, landing)di dalam kokpit pesawat Boeing 737 dan Airbus A330.Tetapi pengalaman kali ini amat berbeza sama sekali,kerana ianya adalah sebuah pesawat kecil yang saya anggap lama dan tidak selamat apatah lagi apabila pesawat ini sedang membelok di atas laut(saya juga di beri peluang oleh Ben untuk membelokkan pesawat).

Kenangan yang tidak dapat di lupakan
Saya perlu fokus kerana pesawat akan mendarat sebentar lagi
Landasan untuk mendarat
Selamat mendarat
Akhirnya saya menerima sijil

Sebelum pulang,kami bergambar berlatar belakangkan bangunan Royal Aero Club di Jandakot Airport.Suami saya juga begitu teruja apabila datang ke sini kerana di sini lah salah satu daripada beberapa sekolah penerbangan yang beliau hadiri sewaktu beliau menjalani latihan juruterbang lebih kurang 15 tahun yang lalu.

Sijil Percubaan Penerbangan
Kepada mereka yang bercita cita untuk menjadi seorang juruterbang,ambil lah peluang seperti apa yang dapat saya lakukan ini.Selepas satu percubaan penerbangan,barulah anda tahu akan keadaan sebenar yang harus di tempuhi kelak.Ini bukan sekadar nasihat dari saya,malah ianya fakta sebenar melalui pengalaman suami.Seorang kenalan beliau telah mengambil keputusan membatalkan niat untuk menjadi seorang juruterbang selepas menduduki penerbangan percubaan tersebut.
 
Pada lewat petang pula,kami ke Ciao Italia Restaurant yang terletak di Perth Selatan untuk makan malam.
Menuju ke restoran
Ciao Italia Restaurant yang amat terkenal dan dikenali oleh penduduk tempatan dengan pizzanya
Pelayan restoran berbangsa Itali
Makan malam

Tidak ada yang lebih indah melainkan dapat menyambut hari ulang tahun bersama insan tersayang. :-)

Semoga kita bertemu kembali di laman Terjemahan Hati pada masa akan datang,InsyaAllah.



8 comments:

  1. HAPPY BIRTHDAY Deary :)
    Woahhh bestnyeeeeeeee dapat jadi Pilot untuk sehari :)

    InsyAllah more Happy Birthdays to come together :)

    ReplyDelete
  2. bestnyerr dpt jadi 'bus driver'.......gud exp!Last yr dpt surprise naik kapal terbang..this yr may b dpt surprise PM beli kan private jet kot...meekekkeke

    HAPPY BDAY SHERY!!!....ENJOYYYYYY!



    Pink Diva

    ReplyDelete
  3. weeeee~ happy birthday to youuu.. ape agak2nya surprise kali nie ye... acu, cek really miss u... insyaallah, taun depan kite celebrate sama2 ye..

    ReplyDelete
  4. happy birthday acu:) ingat lagi dulu acu belikan birthday gift untuk muhd, tiny F1 car, tapi budak bertuah tu pergi bako, konon nak test betul2 besi ke plastic heheh...salam to azly dan makcik khaty:)

    FROM ACIK YAN, OPAH, KAK LONG AND MUHD:)

    ReplyDelete
  5. DH : Thanks :)

    Pink Diva This year bday simple je :)

    Cek Intan : Takde surprise tahun ni..Unclee tak bleh buat surprise2 anymore,selalu kantoi..hehheh

    Cik Yan : Terima Kasih.Alonso bako keta dia?hheehhe..Kirim salam rindu kat semua k :)

    ReplyDelete
  6. Kek yang amat comel. acu juga dan uncle juga...ehehehehee <3

    ReplyDelete
  7. Yie : TQ..Semua2 comel lah..hehehe :) <3

    ReplyDelete