Tuesday, 2 November 2010

Sesi Fotografi Hari Raya

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Harmoni

Kebelakangan ini saya agak kurang meluangkan masa di Terjemahan Hati kerana beberapa faktor antaranya urusan perpindahan saya dan suami dari Perth ke Melbourne.
Syukur Alhamdulilah,segalanya selesai dan sudah hampir 2bulan saya menetap di Melbourne.
Oleh kerana saya sudah sedikit ketinggalan,maka mulai hari ini saya akan cuba untuk mengemaskini Terjemahan Hati. :-)

Saya berpindah ke Melbourne satu hari sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.Oleh kerana kami tidak dapat menyambut 1Syawal di Perth,maka saya,suami dan kakak angkat kami Kak Faizah Robson telah mengambil keputusan untuk berjumpa dan mengadakan sesi bergambar sempena Aidilfitri 3hari sebelum hari raya.


Kami sampai di rumah kak Faizah seawal jam 11pagi dengan membawa persalinan yang bakal digayakan bersama.
Dengan itu,sesi bergambar pun bermula....
Saya dan suami memakai baju raya yang dikirimkan oleh keluarga saya dari Ipoh Perak.Baju kebaya dijahit oleh kakak saya sendiri,tetapi saya yang membeli kain itu di Jakarta pada tahun lepas.
Bersama kak Faizah Robson di tingkat atas rumah beliau.


 Walaupun ketika ini Aidilfitri belum tiba,tetapi bagi saya inilah gambar rasmi kami berbaju raya buat pertama kalinya setelah bergelar suami isteri :-)

Merantau dan tinggal di negara asing tentunya membuatkan saya merindui keluarga di Malaysia.Apabila  keluarga jauh di mata,kenalan rapat dan kakak angkat seperti Kak Faizah yang banyak meluangkan masa bersama saya dan suami.Bersenda gurau bersama sedikit sebanyak terubat juga kerinduan saya terhadap keluarga.Oleh kerana itu lah,gambar di atas memberi makna buat diri saya.Salam dihulurkan dan juga sebagai menghormati kak Faizah sebagai kakak angkat saya di bumi kangaru ini.
Pada asalnya kak Faizah adalah kakak angkat suami saya,tetapi setelah saya berkahwin barulah saya mengenali beliau pula :-)


Selesai bergambar di dalam rumah,kami menukar lokasi di luar iaitu di  Hyde Park yang mengambil masa lebih kurang 10minit pemanduan dari rumah kak Faizah.Jika anda lihat pada gambar di atas tentu anda sangka
cuaca begitu panas terik.Sebenarnya tidak,bulan September masih lagi di dalam musim sejuk(winter)dan ketika sesi bergambar ini dijalankan cuaca sejuk,berangin dan suhu di sekitar 15darjah selsius.


Selepas Hyde Park,kami beralih pula ke lokasi yang berikutnya.Tasik dan taman rekreasi di atas adalah di dalam kawasan perumahan persendirian kak Faizah.(private housing).Kami lebih selesa berada di sini kerana suasana yang sunyi dan tidak ada orang yang berada di sekitar taman pada ketika itu.Memang tidak ramai orang kerana ia adalah kawasan persendirian,jarang ada orang luar kecuali hanya penduduk perumahan di situ sahaja.
Acara yang ditunggu tunggu telah tiba iaitu bermain bunga api! :-)

Usaha untuk menyalakan mancis api gagal berkali kali disebabkan angin yang sangat kuat.Oleh yang demikian lokasi lain untuk bermain bunga api adalah di rumah kak Faizah.
Elok sahaja kami kembali ke rumah,hujan pula turun dengan lebatnya.Kami masih berusaha juga untuk bermain bunga api dan akhirnya lokasi terakhir adalah di.....
......di dalam rumah!!  Akhirnya kami dapat juga bermain bunga api setelah beberapa kali bertukar lokasi dan sukar menyalakan mancis api. :-)

Setelah selesai sesi bermain bunga api dan bergambar,kami berbuka puasa bersama di restoran Rasa Nyonya Penang ,Victoria Park.


Berakhir lah cerita mengenai sesi bergambar hari raya bersama kak Faizah.Semoga dapat berjumpa kak Faizah lagi tidak kira samada di Perth,Melbourne atau di Sydney.InsyaAllah :-)

2 comments:

  1. Selamat Hari Raya. Miss you kak :( Miss rasa Nyonya too kan?

    ReplyDelete