Thursday, 4 November 2010

Ucapan Selamat Tinggal

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Hari hari terakhir sebelum tibanya Syawal adalah hari yang sangat sibuk buat saya dan suami.Beberapa lagi urusan yang perlu di selesaikan sebelum kami berangkat ke Melbourne termasuklah temujanji bersama sahabat terdekat suami untuk mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.

Di dalam satu hari kami pergi ke merata tempat dari pagi hinggalah ke sebelah malam.
Pertemuan pertama adalah berjumpa dengan Yolanda Ure-Huynh.Beliau adalah guru di salah sebuah kolej di Perth.Walaupun kami berpuasa tetapi kami tetap menemani beliau makan tengah hari dan meluangkan masa selama satu jam.


  Temujanji kedua pula adalah dengan Michael,seorang juruterbang dan akauntan peribadi suami saya.

Selepas itu kami singgah pula ke kedai pengedar dan pusat servis kereta City Subaru.Brad dan Chris adalah sahabat suami saya dan mereka berdua yang selalu bertanggungjawap mengambil alih menjaga kereta suami setiap kali di hantar untuk di servis.Chris yang di sebelah kiri suami saya pernah bekerja bersama Singapore Airlines dah jawatan terakhir sebelum beliau meletakkan jawatan adalah sebagai ketua pramugara.


Kemudian kami singgah pula ke masjid Rivervale dan berjumpa dengan Imam Abdul Jalil Ahmad.Imam Jalil adalah mufti untuk negeri Australia Barat yang di lantik oleh kerajaan Australia untuk mentadbir dan menyelia The Islamic Council Of Western Australia.Suami saya sudah mengenali imam Jalil sejak sekian lama.


Hasrat untuk berjumpa dengan sahabat suami yang bernama Steve Davis tidak kesampaian kerana beliau berada di luar negara atas sebab kecemasan.Kami beredar dari pejabat Steven bukan dengan tangan kosong.Rupanya Steve telah meninggalkan hadiah kepada setiausahanya untuk diberikan kepada kami.Saya pasti 2botol wain putih dan merah serta sekotak coklat ini agak mahal.Hadiah ini amat kami hargai,tetapi kami telah hadiahkan 2botol wain ini kepada jiran kami yang berbangsa cina.

Sebelum temujanji terakhir untuk berbuka puasa dengan seorang lagi sahabat suami,kami sempat ke kedai Charco's di Thornlie.Menu yang menjadi kegemaran saya setiap kali datang ke sini ialah rusuk kambing dibakar dengan madu.Oleh kerana saya akan berpindah dan tidak pasti bila akan kembali ke sini,maka saya pun membeli rusuk kambing itu untuk hidangan sahur :-)
Kami tiba di Kafe Makan Makan beberapa minit sebelum waktu berbuka puasa.Kami rancak berbual sehinggakan terlupa mengambil gambar makanan,tetapi selepas menjamu selera barulah kami berpeluang mengambil gambar.
Inilah Hazlina Halim seorang gadis yang peramah,rakan sejawat suami sebagai juruhebah sambilan di radio melayu Perth dan beliau juga adalah pembaca berita di salah sebuah stesen televisyen di Singapura.

Apabila sampai di rumah,jam menunjukkan pukul 10malam.Esok seawal pagi sudah mahu bertolak.Rancangan asal mahu bersahur esok hari ,tetapi akibat keletihan, kami awalkan sahur di tengah malam .

Ini lah lauk untuk bersahur iaitu kegemaran saya dari Charco's. :-)

Sekian buat masa ini,jaga diri semua.

2 comments: