Tuesday, 9 November 2010

Berkunjung di bulan Syawal

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Mesra

Kata orang,hari raya Aidilfitri di sambut satu bulan dan di sepanjang bulan Syawal saya berpeluang berkunjung ke beberapa buah rumah sahabat suami saya.
Rumah pertama yang kami kunjungi ialah di Geelong dan kawasan perumahan yang bernama Highton,lebih kurang satu jam 15minit perjalanan dari bandaraya Melbourne dengan jarak 75kilometer.
 Ini lah tuan rumah abang Jumat dan kak Kay Abdul di samping anak-anak mereka Farah dan Haney.Anak sulung mereka Hamka tidak ada di dalam gambar.

Hidangan yang disediakan
Kueytiaw goreng dan murtabak.
Pada subuh esok harinya keluarga abang Jumat akan bercuti ke Singapura.Oleh kerana mereka sibuk atas beberapa urusan,hidangan ini dibeli sahaja di restoran Rich Maha ( www.richmaha.com.au)

Kek
Aneka kuih raya
Custard Horn  kegemaran saya dan suami
Rumah kedua yang kami kunjungi pada hari yang sama ialah di kawasan perumahan Waurn Pond,tidak jauh dari Highton.
Bergambar bersama kak Lin dan abang Sanif(kiri dan dua dari kiri) serta abang Jumat,kak Kay dan Haney.

Semasa berkunjung ke rumah kak Lin,kami di hidangkan dengan mee rebus.Maaf tidak ada gambar di ambil kerana kami semua rancak berbual.Hanya gambar kuih raya dan dodol durian yang sempat saya rakamkan.

Tiga hari berikutnya kami telah berkunjung ke rumah kak Fir Mamat di Cranbourne yang terletak 43kilometer selatan timur dari bandaraya Melbourne.Menjamu selera dengan mee goreng yang kak Fir sediakan dan pelbagai pilihan kuih raya.
Maaf tidak ada gambar ketika di meja makan,tetapi selepas menjamu selera barulah kami bergambar untuk kenangan.
Kak Fir dan anak sulungnya Sabrina
Bersama Sabrina Karl
Saya terpaksa curi mengambil gambar Raiyan  anak sulung kak Fir yang begitu pemalu untuk bergambar

Kunjungan terakhir kami pada bulan Syawal ialah ke rumah abang Isham dan kak Noreeni di Keysborough,27kilometer selatan timur dari bandaraya Melbourne.
Makan malam di Keysborough
Coklat perisa durian sebagai hidangan pemanis mulut yang dibeli di Malaysia
Kopi adalah minuman wajib setiap kali berkunjung di sini
Berpeluang membaca variasi majalah dari Malaysia dan Singapura yang dibeli semasa abang Isham dan Kak Noreeni bercuti di sana.
Kak Noeeni dan anak bongsu beliau,Sara
 Kami pulang dari rumah abang Isham dan kak Noreeni seawal masuknya waktu subuh.Ini bukan kali pertama kami pulang lewat dari rumah mereka,gara gara berbual dari malam sehingga esok hari,kami pernah pulang pada jam 3pagi,6pagi dan 8pagi!Kata suami,ketika bujang dahulu beliau sudah kerap ke rumah abang Isham yang beliau sudah anggap seperti abang sendiri dan ada kalanya bermalam di sana ataupun pulang lewat.

Pertemuan saya dengan sahabat sahabat suami di Melbourne pada bulan Syawal yang lepas bukan lah kali pertama.Kami pernah berjumpa dan berkenalan sebelum ini kerana pernah beberapa kali bercuti bersama suami sebelum kami pindah ke sini.
Mereka juga lebih berumur dari kami berdua dan sebab itulah kami selesa memanggil mereka abang dan kakak.

Terima kasih kerana bersama Terjemahan Hati pada kali ini :-)

12 comments:

  1. hehehehheheh tak sangka masok blog plak....



    Highton'S CHef

    ReplyDelete
  2. insyallah lain kali, chef masak plak k, bukan menu beli lagi...heheheh

    ReplyDelete
  3. dah 2x dtg, 2x gak menu beli n order.....ni chef tak de *.....hehehhe so kena kasi notice in adv to prepare...

    ReplyDelete
  4. Kita ni susah nak kasi advance,selalu plan last min :)
    Tapi ok lah,merasa murtabak RM Geelong.Murtabak RM city&Vermont South tak best lah..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana sudi datang :)

    ~K. Fir~

    ReplyDelete
  6. lain kali bawak overnite bag skali k ;-)

    ~ K. Noreen ~

    ReplyDelete
  7. Next time kita serbu RM Geelong plak hehehe

    Kak Noreeni, bawak bag? hehehe jawapnye jadi macam chalet Pasir Ris plak nanti hehehe

    Kak Fir, miss the kids. Nanti nak pinjam Raiyan :)

    ReplyDelete
  8. Kak Noreeni : Kalau dah bawa bag baju,apa kata kita pergi picnic lah :)

    ReplyDelete